Selasa, 26 Februari 2013

Tips Atasi Kekecewaan Melampau !!!

Haa.. dalam2 duk menjeling blog orang lain tadi tentang tips2 atasi kekecewaan, baru aku tahu.. sebenarnya banyak benda yang boleh aku buat untuk atasi kekecewaan yang melampau tu.. antaranya ialah :

  • istighfar banyak-banyak. ingat Allah. 
  • jauhkan diri dari memikirkan tentang kekecewaan dan kesakitan tu. 
  • fikir positif. 
  • cari teman di laman sosial. 
  • bergurau senda dengan kawan2 semahu2nya.. 
  • menangis semahu2nya andai itu dapat mengurangkan rasa sakit. 
  • jangan pikir tentang si dia lagi. 
  • redho dengan takdir. jangan salahkan takdir. 
  • cuba carik pengganti atau kawan berlainan jenis. 
  • luahkan kepada orang yang dipercayai. 
  • dapatkan nasihat. 
  • jangan berdendam. 
  • bina hidup baru. 
  • tulis blog. luah kat blog. 
  • dan banyak lagi.. :)

Tips Bangkit Semula Setelah Kecewa

1. Jangan berdendam-Jangan berdendam pada si dia. Lepaskan dia pergi dengan seikhlasanya supaya hati kamu tenang dan tak sakit.

2. Bertenang-Doa banyak-banyak dan mengadulah kepada Allah agar diberi petunjuk dan ketenangan menghadapi ujian dariNya ini.

3. Buang Kenangan-Buanglah barang-barang pemberiannya kerana jika kerap dipandang akan lebih menyakitkan hati dan lebih buat dirimu merana.

4. Mulakan Hidup Baru-Buka lembaran baru. Buka buku baru dan cipta sejarah baru. Tinggalkan kenangan lama dan menyakitkan dan percaya bahawa Allah akan memberi jodoh yang baik sesuai dengan dirimu.

5. Dia Bukan Yang Terbaik-Dia sangat baik dan kamu sayaangkan dia. Tapi dia bukan terbaik untuk kamu. Jika dia terbaik pasti dia tak akan tinggalkan kamu. Pasti dia tidak curang dan pasti dia tidak mencipta 1001 alasan untuk menjauh darimu.

6. Perbaiki Kelemahan-Kadangkala perpisahan adalah satu ujian yang Allah beri untuk kita kaji semula kelemahan yang ada pada diri kita. Mungkin dulu kita banyak sangat kelemahan dan itulah penyebab dia menjauh. Belum terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik…siap tahu si dia kembali kepada kita lagi?

7. Doakan Dia-Doakan kebahagiaan dia. Jangan dengki atau mencipta angkara untuk merosakkan cinta baru dia dengan insan baru. Perkara yang lepas jangan dikenang

8. Mendongak Ke Langit-Gongaklah ke langit dan lihat lah dunia ini sangat luas. Jangan dengan sedikit luka dan duka sudah membuat kita mengurung diri dan tenggelam dalam kecewa. Allah beri kita harapan dan peluang untuk terus merasa bahagia di hari mendatang.

Isnin, 25 Februari 2013

SURAH-SURAH AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Setiap insan pasti mahukan yang terbaik buat zuriat mereka kelak..
jadi korang yang bakal bergelar ibu tu cuba baca..
:)
semestinya harus kita jadikan amalan bersama-sama ye..!!

heeee... aizatul pun insyaallah nak amalkan andai ada rezeki dan bertemu jodoh nanti..
insyaallah..