Isnin, 18 Februari 2013

Contoh Surat Permohonan Jawatan

Nama
Alamat pengirim

Tarikh
Alamat penerima

Tuan/puan,

Perkara : tajuk
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk, saya (nama) nombor kad pengenalan (no. i/c) berminat memohon jawatan sebagai kerani di syarikat tuan setelah dicadangkan oleh………… dari …………. baru-baru ini.

2. untuk makluman tuan, saya mempunyai kelulusan (upsr/pmr/smp/diploma/ijazah dll*yang tertinggi). Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer. Saya penuh yakin sekiranya diberi peluang berkhidmat di syarikat ini, saya dapat membantu syarikat dalam memberi sumbangan yang beerti bagi merealisasikan cita-cita syarikat.

3. Sehubungan dengan itu, segala perhatian tuan terhadap permohonan ini saya dahului dengan ribuan terima kasih. Bersama-sama ini dilampirkan resume dan salinan sijil-sijil berkenaan sebagai rujukan.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,



…………………..
(nama*huruf besar)

Bidang Tugas Setiausaha (Am)

Setiausaha am menggunakan mesin taip, komputer peribadi, atau kelengkapan pemprosesan data yang lain untuk menyalin surat-menyurat dan dokumen lain, menyemak dan memformat dokumen yang disediakan oleh kakitangan lain, menggunakan pelbagai pakej perisian komputer termasuk lembaran sebaran untuk membantu menyediakan sokongan pentadbiran kepada pekerja lain, menguruskan mel masuk dan keluar, menapis permintaan mesyuarat atau janji temu, merekodkan dan menapis cuti dan kelayakan kakitangan yang lain, mengendalikan dan menyelia sistem pemfailan, dan menguruskan surat-menyurat atas inisiatif sendiri.

Setiausaha menggunakan mesin taip, komputer peribadi, atau kelengkapan pemprosesan kata yang lain untuk menyalin surat-menyurat dan dokumen lain, menyemak dan memformat dokumen yang disediakan oleh kakitangan lain, menggunakan pelbagai pakej perisian komputer termasuk lembaran sebaran untuk membantu menyediakan sokongan pentadbiran, menguruskan mel masuk dan keluar, menapis permintaan untuk mesyuarat atau janji temu, merekodkan dan menapis cuti dan kelayakan kakitangan yang lain, mengendalikan dan menyelia sistem pemfailan, dan menguruskan surat-menyurat atas inisiatif sendiri.

Tugas merangkumi:
  1. menyemak, memformat, dan menyalin surat-menyurat, minit dan laporan daripada catatan ringkas atau draf bertulis mengikut piawaian pejabat dengan menggunakan mesin taip atau kelengkapan pemprosesan kata; 
  2. menggunakan pelbagai pakej perisian komputer termasuk lembaran sebaran untuk memberi sokongan pentadbiran; 
  3. mengendalikan surat keluar atau masuk; 
  4. meneliti, merekodkan dan mengedarkan mel, surat-menyurat dan dokumen; 
  5. menyemak permintaan untuk mesyuarat atau janji temu, dan membantu mengelolakan mesyuarat; 
  6. menyemak dan merekodkan cuti dan kelayakan kakitangan yang lain; 
  7. mengatur dan menyelia sistem fail; 
  8. mengendalikan surat-menyurat rutin atas inisiatif sendiri; 
  9. bertanggungjawab mentrengkas, menaip dan menguruskan pergerakan fail; 
  10. menjalankan tugas yang berkaitan; 
  11. menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.