Khamis, 10 Januari 2013

Mak Ratu Hatiku

                Assalamualaikum..
First2 aku update blog hari ini konfem la aku nk mengadu.. Nak bercerita tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang aku tak bukak blog ney.. banyak benda yang dah wat aku upset sgt2.. pertama sekali perihal keluarga aku.. dari enam sudah berkurang kepada lima.. angka ini amat memberi tamparan yang maha hebat kepada kami sekeluarga.. tanggal 27 disember 2012 kami telah kehilangan seorang insan yang amat penting di dalam hidup kami.. iaitu mak.. ya.. mak yang selama ini menjaga kami sekeluarga.. telah pergi meninggalkan kami setelah dijemput ilahi.. mengangis air mata darah sekali pun mak x akan kembali lagi.. mak telah meninggalkan suami(ayah aku) dan kami empat beradik tanpa belas kasihan.. aku tahu mak tidak sanggup untuk meninggalkan kami.. tapi apakan daya.. masanya sudah tiba.. dan aku tidak pernah sekali-kali menyalahkan mak.. tepat jam 10.30 pagi ketika aku berada di office telefon ku berdering.. adikku Fatin telefon, tetapi bukan aku yang menjawabnya.. kerana telefon, aku tinggal di meja kawan ku.. kawan aku yang menghantarkan kepada aku ketika aku berada di bilik kawan ku yang lain.. berdebar-debar dadaku apabila membaca mesej yang berbunyi 'agkt la fon.. urgent neyh' dari adikku.. sekali lagi dia telefon dan aku tanpa membuang masa terus mengangkat nya.. ya Allah..!! mak aku masuk hospital.. baru dua minggu aku tinggalkan rumah.. ini berita yang aku terima.. memang kelmarin (26.12.2012) adikku memberitahu yang mak aku sedang sakit.. aku ingat mak aku sakit biasa2 je.. sebab sebelum ni pun dia memang sentiasa sakit.. berderau darahku.. menyirap naik ke muka.. terasa panas tiba2 mukaku.. aduh.. risau bukan kepalang.. namun aku masih mampu menahan air mata di hadapan kawan2ku.. lagipun aku masih di pejabat.. bukan aku malu untuk menangis kerana mak tetapi aku mahu kuat.. aku pasti jika aku menangis pasti aku akan lemah.. kerana aku tidak kuat seperti mak aku yang sabar menanggung derita hampir 18 tahun.. aku lemah.. tambahan pula dengan air mata.. sekali menitis pasti akan terus menitis.. aku pulang kekampung dengan sepupuku yang bekerja di area Alor Star ini jugak.. tumpang keretanya dan kawan aku Leen yang tolong hantarkan aku ke tempat kerja nya... kami tidak terus pulang ke rumah tapi kami terus ke hospital.. di dalam kereta air mata sudah tidak dapat aku tahan.. berjurai-jurai bagai tiada pengakhiran.. sungguh aku sedih,pilu,gundah gulana dan hatiku berasa tidak sedap.. aku cuba bersabar.. sepanjang 1 jam perjalanan pulang amat mencabar kesabaran ku.. di kepalaku hanya ada wajah mak.. betapa aku rasa tersiksa dengan perasaan yang tidak enak itu.. aku berdoa supaya cepat sampai.. aku tak sabar nak berjumpa emak.. aku rindu emak.. tepat jam 11.35 pagi kami sampai di hospital sik.. aku nampak adik lelaki ku berjalan-jalan bersama sepupu ku smbl berbual-bual di koridor hospital.. nampak tenang je muka dia.. hati ku lega.. pasti mak aku tak apa-apa kan.. aku terus masuk ke wad yang mak aku ditempatkan..(sepupu aku yg tunjukkan).. kelihatan beberapa jururawat dan pelawat berada di situ.. aku tidak peduli apa agenda mereka.. aku hanya mahu lihat, mahu segera berjumpa mak.. ya Allah... mak !!!
mak sedang tenat.. ya mak aku tengah nazak.. berbeza wajahnya kini dengan 2 mngu lalu.. ya Allah. kenapa dengan mak aku? selamat kan mak aku.. aku yakin mak aku akan baik-baik je lepas ni.. tapi sungguh aku tidak sanggup melihatnya begitu.. mak aku nyawa-nyawa ikan.. sedang berusaha dengan susahnya untuk bernafas.. di dalam bilik tu ada ramai saudara2 aku.. antaranya maksu, makda, maklong, kak siah(sepupu), makcik dan paling aku sayang ayah... ayah tengah mengelap air mata dengan sapu tangan good morningnya. merah matanya. dia sedang bercakap dengan mak.. aku tahu dia sedang memberi kekuatan kepada mak.. di samping mak ada jururawat yang sedang memeriksanya.. aku tidak percaya seperti di dalam drama tv panggung sabtu.. hati ku yang gundah gulana hanya mahukan mak.. wajah adik bongsu ku lansung tidak aku lihat.. di mana dia.. kenapa tidak menemani mak yang sedang berlawan dengan penyakitnya.. tidak sayangkah mereka kepada emak??? aku kesal dengan adik-adikku.. ku lihat mak.. berderai air mataku.. meraung tak menentu.. makcik sabar kan aku.. mak maafkan 'cek'.. aku dekat kan diri aku dengan mak.. aduh siksanya aku lihat mak.. ada air mata yang mengalir di pipi mak.. aku pegang mak.. aku menangis di bahunya.. mak kenapa jadi macam nie.. luluh hatiku.. kenapa takdir tidak berlaku adil kepada ku? kenapa mesti mak yang terlantar? kenapa tidak aku atau orang lain selain orang kesayangan ku? ya Allah.. aku tidak boleh macam ni.. aku harus redo.. semua ini ketentuan ilahi.. aku suapkan mak air zam-zam.. hanya gunakan sudu.. mulut mak kering-kering dan pecah-pecah.. kering sangat.. pasti sakit.. muka mak bengkak-bengkak, tangan kanannya juga bengkak.. mak sedara ku cakap tangan mak bengkak sebab air yang doktor tambah tak masuk.. pergelangan tangan mak luka.. yang pasti amat sakit.. mak da cakap banyak kali jarum di cucuk di situ.. tapi tidak jumpa urat.. ya Allah.. mana nak jumpa kalau hanya kulit dan tulang saja yang ada.. aku disisinya sudah tidak mahu-mahu menangis.. adik ku cakap mak 50-50 untuk hidup.. tersentak seketika.. paru-parunya sudah hancur di makan kuman.. kuman juga dah merebak ke dalam darah mak.. ya Allah.. tolong mak.. sebentar kemudian doktor masuk.. mak kena pasang tiub dan mungkin akan koma.. demi mak ayah setuju setelah berbincang dengan abang-abang dan kakak-kakak mak.. semua keluarga mak ada di sini.. ramai.. ramai sangat-sangat.. tiub akan dipasang pukul satu nanti.. aku ambil kesempatan itu untuk meminta maaf kepada mak.. 'mak cek mintak ampun, mintak maaf'.. mak hanya mampu mengangguk.. tidak mampu bercakap lagi.. aku menangis teresak-esak di bahu mak(bantal tepi kepala mak).. adik ku fatin juga menangis.. teresak-esak dia meminta maaf pada mak.. dan ayat "cek sayang mak" tak pernah lekang di mulutnya.. kemudian aku membaca yasin.. tepat jam 1.05 minit petang doktor masuk.. niat ku ingin teman kan mak.. tapi jururawat disitu  meminta ku untuk keluar.. 4 jam mak di bilik itu.. apa yang doktor tu buat.. terbit sedikit rasa amarah bila mereka seolah-olah lambat buat kerja.. risau hatiku dengan keadaan mak.. mak akan dihantar ke Hospital besar Sultanah Bahyah untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dan bagus.. tapi sekarang dah pukul 4 petang.. apa yang mereka tunggu lagi..? rupa-rupanya mak di dalam keadaan yang tidak stabil.. ya Allah.. tolong la mak.. beri mak peluang kedua.. tadi sewaktu tunggu mak, aku sempat pergi ke surau untuk bersolat zohor.. agk lewat krn byk masa aku luangkan di tepi mak.. panjang doa aku munajat kepada tuhan.. tidak pernah aku menangis merayu seperti itu, ya Allah.. tolong selamatkan mak.. aku janji aku takkan derhaka kepada mak lagi.. banyak benda yang aku nak wat untuk mak.. nak habiskan belajar.. nak kerja.. nak beli kereta.. nak bawak mak jalan-jalan.. nak beli rumah.. nak bawak mak tinggal ngan aku.. mak pun dah janji nak wat semua benda tu ngan aku.. hanya kepada Allah aku mohon.. tolonglah hamba mu ini.. lebih kurang jam 4.15 ptg mak aku dikeluar kan dari wad.. dia sedang terbaring di atas katil beroda hospital yang sedang ditolak menuju ke ambulan.. mak hanya bernafas melalui bantuan dari mesin.. sungguh pilu hatiku melihat keadaan mak.. mak akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah.. untuk mendapatkan rawatan lanjut yang lebih selamat dan canggih.. kami pulang kerumah sementara ambulan membawa mak ke alor star.. kerana aku tidak bawa baju pun untuk bersalin nanti ketika menjaga mak.. manakala maksu dan makda mengekori mak dari belakang.. kiranya ada juga waris yang bersama-sama mak.. bukan aku tidak mahu ikut.. tapi aku yakin mak akan selamat dan aku mahu ambil persalinan untuk menjaga mak di hospital nanti.. ayah sudah penat.. adik-adik juga. dari semalam belum lelapkan mata dan belum makan... aku jua. nasi sebutir pun belum singgah di perut kami.. hanya air kotak yang ayah beli tadi.. sepanjang jalan ayah menguap.. ngantok dan penat.. akhirnya ayah tidak tahan lalu berhenti di tepi jalan seketika untuk melelapkan mata.. tidak sampai dua minit ayah meneruskan kembali perjalanan pulang kerumah.. sesampainya di rumah aku mandi.. bawa baju yang perlu sementara ayah melelapkan mata sebentar.. tidak sampai 30 mnit makda kembali telefon.. katanya cepatla datang.. dan hati-hati.. aku mengejutkan ayah.. ayah bangun lalu mandi.. lebih kurang pukul 5 kami bertolak ke alor star... di pertengahan jalan maklong telefon.. mak dah tak de.. ya Allah.. kurasakan sebuah batu besar menghempap ku.. kepala ku berdenyut tiba-tiba.. ayah menangis teresak-esak seperti budak kecil.. kereta yang dipandunya melelong-lelong.. seluruh kereta bergema dengan tangisan.. sesampainya kami disana, aku dan adik disambut oleh kak mira(sepupu).. matanya merah.. lantas dia memelukku.. menenangkan kami adik beradik sementara adik-adik ku dipeluk oleh maksu dan makda.. kami dibawa ke bilik yang menempatkan mak.. terjelepok jatuh terduduk aku di pintu bilik yang menempatkan mak.. di atas katil ada sekujur tubuh yang diselimuti oleh sehelai kain putih.. adakah itu mak?? menangis aku di lantai bilik, tersandar dahi ku di dinding bilik... mak dah tinggalkan aku... aku bangun dipapah oleh maksu.. yg aku dengar "kak jgn buat macam nie..sabar" kata maksu.. beg tanganku sudah tercampak kemana.. longlai kaki ku menuju ke arah mak... aku cium kaki mak... aku peluk kaki mak..  mak ampunkan kak... tolong jangan tinggalkan kak..  aku hanya meraung sambil ditenangkan oleh maksu.....

mak seorang insan yang amat penting dalam hidup ku, hidup kami... tiadanya mak membawa pergi kasih sayang kami yang tak bertepi... aku berjanji akan jaga ayah dan adik-adik... aku takkan tinggalkan mereka.
aku nak berubah untuk menjadi lebih baik demi mak...

6 ulasan:

  1. assalamualaikum awk..
    sye ucapkan takziah..
    sye minx maaf sye x taw mak awk pergi selama2nya baru2 ini..
    sye bce kisah awk pun sampai keluar air mata sye..
    awk sabar eyh..
    semoga roh mak awk ditempatkan org beriman & dikalangan org2 yg soleh.. :')
    Al-Fatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe.. sy xkisah.. sy cuma nk kongsi detik2 yg amat menjerutkan perasaan tu.. nie la keja sy.. suka meluahkan perasaan.. utk mengurangkang tekanan ini la yg saya buat.. sy mntak mf kt awk.. kta kwn je.. :)

      Padam
    2. x pe..luahkan je ape yg terbuku dlm hati..
      ermmmm... k

      Padam
  2. coretan zatul membuatkan k.tun menitiskan air mata sendirian. walaupun k.tun x alami nya lg tp k.tun taw yg zatul seorang yg tabah dn mgkn 1 hr nnti k.tun pn akan trima keadaan sedemikian. mak mmg tiada ganti nya.. hanya seorang e2 lah mak kita smpai bila2. tunaikan lah segala cita2 yg zatul berhajat dgn mak, jgn persia-sia kan kata2 e2. 1 hr bila kta dh jd mak kita akan taw betapa ssh nya menjadi seorang mak kepada anak2. mcm2 ragam anak2 tp zatul jgn sesali apa yg telah terjadi tetapi cuba utk sentiasa berdoa agar mak ditemapatkan di kalangan orang2 yg beriman. sentiasalah berdoa dan ALLAH SWT e2 maha mendengar.... AL-FATIHAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. sory.. kami tak berniat nk wt kak tun menitiskan air mata.. terima kasih kak tun.. kami nak abadikan tu semua kat dalam belog nie.. walaupun semua tu adalah kenangan.. tp tula kenangan plg berharga sekali.. saat2 terakhir kami bersama mak.. kami rindu.. kami tak tau nak buat apa lagi.. selain berdoa, sedekah alfatihah, yasin.. benda ni la kami buat.. lepas kami luah apa2 kat sini,, secara otometik jiwa akan terasa tenang.. kami akan cuba buat yang terbaik.. terima kasih sekali lagi.. kami harap kami juga akan jadi yang terbaik kelak kalau kami dah ada anak sendiri.. sekarang nie hanya ayah ja yang kami ada.. kami akan cuba yang terbaik.. kami akan jadi anak yang terbaik untuk ayah.. kami akan jaga dia.. kami tau, klw kami rindu mak, mgkin ayh seribu kali rindu lagi, klw kami sedih, ayh seribu kali lebih sedih.. terima kasih kak tun.. moga mak kami ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. amin..

      Padam
    2. coret lah apa sj utk kenangan zatul... x salah dn x penah kn salah. coretan inilah kenangan abadi kita selama nya.

      menangis lah sbb dgn setitis air mata yg mengalir bermakna kurang lah sedikit bebanan yg d tanggung walaupun xkan penah hilang bebanan e2.

      rindu lah serindu rindu nya sbb org yg d rindui telah pergi dan xkan kembali.

      xda 1 kesalahan pun utk zatul merasai semua e2.. hadapilah segalanya dengan tabah dan sentiasa igt ALLAH SWT sentiasa bersama ngan kita.. AMIN

      Padam